7 lelaki warga China didenda RM5,000 tipu pelaburan kripto

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2025 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tujuh lelaki warga China masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu melalui aplikasi pelaburan kripto di Iskandar Puteri, bulan lalu. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Tujuh lelaki warga China masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu melalui aplikasi pelaburan kripto di Iskandar Puteri, bulan lalu.

Kesemua tertuduh, Tan Wei Wei, 35; Xu Laiwu, 37; Ren Zilong, 25; Li Jiang, 31; Huang Yaolin, 27; Li Libo, 25; dan Chen Hui, 31, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa sebagai satu pihak berpakat melakukan jenayah penipuan dengan membangunkan aplikasi pelaburan kripto yang menyasarkan warga Vietnam dengan niat memperdaya dan mendorong mangsa menyerahkan wang bagi tujuan penipuan.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Iskandar Puteri di sini, pada jam 1.45 petang, 25 Ogos lalu.

Bagi perbuatan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah mengenakan denda yang ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran, mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap setiap seorang tertuduh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved