7 makanan pencair kahak anak, mak-mak pastikan ada di rumah

Family & Parenting
29 Sep 2022 • 5:52 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

APABILA anak mengalami batuk, ibu ayah tentu bimbang. Apatah lagi jika batuk berkahak, tidur malam pasti tidak lena. Jika anak kerap batuk berkahak, selain ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, bantu redakannya dengan makanan ‘pencair kahak’ ini.

Batuk membantu membersihkan bahan dari saluran pernafasan dan menghalangnya daripada masuk ke paru-paru. Bahan tersebut mungkin zarah yang telah disedut atau bahan dari paru-paru atau saluran udara.

image is not available
Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Lazimnya, apabila dijangkiti batuk, kahak akan terhasil. Buat ibu-ibu yang resah anak batuk berkahak, perkongsian makanan ‘pencair kahak’ oleh Dr Mazliana Mazlan ini boleh dijadikan panduan.

Beliau mencadangkan tujuh jenis makanan yang dikatakan boleh meredakan kahak dan ‘ketat dada’ pada si manja.

“Apabila dada anak ketat dengan kahak, boleh hidangkan dengan kerap makanan ini. Kita cuba. Antara makanan pencair kahak untuk anak-anak,” kongsinya.

Tujuh makanan tersebut adalah seperti berikut:

image is not available

1-Ikan
2-Bawang
3-Labu
4-Sayur hijau
5-Nanas
6-Buah pear
7-Lada Benggala (capsicum)

image is not available

Pun begitu, ibu bapa dan penjaga perlu mendapatkan rawatan kecemasan segera sekiranya batuk si kecil mula menunjukkan gejala-gejala ini:

-Bibir bertukar menjadi biru
-Bunyi berdecit yang kuat (stridor) apabila kanak-kanak menarik nafas
-Kesukaran bernafas
-Keadaan fizikal yang lesu
-Batuk berulang yang tidak terkawal diikuti dengan nada tinggi semasa menarik nafas (bunyi ‘whoop’)

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.