7 Mangsa Sindiket Kerja Di UAE Berjaya Pulang Ke Sarawak Lepas 3 Bulan Terkandas

18 Dec 2022 • 2:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sindiket kerja di UAE, 8 mangsa telah berjaya dibawa pulang ke tanahair

7 Mangsa Sindiket Kerja Di UAE Berjaya Pulang Ke Sarawak Lepas 3 Bulan Terkandas. Dulu heboh tentang sindiket kerja yang di Macau. Boleh dikatakan banyak juga rakyat Malaysia yang terciduk dengan helah-helah sindiket Ini.

Terkini, dimaklumi bahawa ada satu lagi sindiket kerja yang menjanjikan pekerjaan dengan pulangan yang lumayan kepada rakyat Malaysia iaitu sindiket kerja di United Arab Emirates (UAE). Bahkan, semalam 8 orang mangsa sindiket telah berjaya dibawa pulang ke tanahair.

image is not available
7 Mangsa Sindiket Kerja Di UAE Berjaya Pulang Ke Sarawak Lepas 3 Bulan Terkandas. Sumber gambar: Twitter @PetraJayaMP

8 mangsa, 7 berasal dari Sarawak dan seorang berasal dari Kelantan, mereka telah terkandas 3 bulan di Dubai

Daripada 8 mangsa yang terselamat, 7 mangsa sindiket adalah pemujaan betrayal daripada Sarawak. Hal Ini telah dimaklumi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di laman Twitternya.

Menurut beliau, 7 pemuda Sarawak dan seorang pemuda berasal dari Kelantan tersebut telah terkandas di Dubai selama 3 bulan selepas mendapati bahawa mereka tertipu dengan sindiket tersebut. Proses membawa balik kelapan-lapan pemuda tersebut telah melalui Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Dubai.

image is not available

Selepas KJM menghubungi beliau, beliau telah mengarahkan proses untuk membawa balik mangsa melalui @SwkVolunteers. Kesemua mangsa telah berjaya dibawa balik dan selamat tiba di KLIA, Malaysia pada pukul 8.10 pagi. Manakala, 7 pemuda Sarawak pula diterbangkan ke Sarawak dan selamat tiba di Kuching pada pukul 1 tengahari.

Dengan keberhasilan ini, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa sindiket ini.