
7 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri yang diramal hujan ialah Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, termasuk seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan hanya Langkawi.
"Manakala di Perak pula seperti Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
"Sementara itu, di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.
"Selain beberapa kawasan di Johor seperti Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru juga diramal hujan.
"Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis) pula antara dua daerah dijangka hujan di Sarawak petang ini.
"Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


