7 Perkara Yang Netizen Seluruh Dunia Boleh ‘Relate’ Bila Dengar Nama Malaysia

23 Feb 2024 • 6:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara-negara di Eropah yang lain, tetapi ia sering menjadi salah satu pilihan para pelancong untuk bercuti.

Ini kerana negara kita mempunyai banyak destinasi menarik selain budaya dan kepelbagaian makanan yang menjadi daya tarikan orang ramai.

Tetapi kalau tolak tepi tentang destinasi pelancongan serta budaya di Malaysia, apa lagi yang mencerminkan negara kita ini?


Apa Yang Membuatkan Anda Terfikir Tentang Malaysia?

Baru-baru ini, pemilik akaun X (Twitter @spectatorindex) telah memuat naik ciapan dengan bertanyakan soalan tentang perkara pertama yang difikirkan apabila teringat kepada negara Malaysia.

Pelbagai jawapan yang diberikan oleh netizen di seluruh dunia. Ada jawapan yang sudah boleh dijangka dan ada pula yang sebaliknya.

Antara jawapan yang diberikan adalah:

#1. Pasport Malaysia

Umum sedia maklum, pasport bagi rakyat Malaysia sah dan boleh digunakan di seluruh negara kecuali Israel. Kalau anda perasan, perkara ini sudah tertera pada muka hadapan dokumen tersebut pada setiap pasport Malaysia.

image is not available

#2. Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas merupakan mercu ikonik untuk para pelancong bergambar di sini setiap kali datang ke Malaysia.

image is not available

#3. Kes Kehilangan Pesawat MH370

Kehilangan dua pesawat penerbangan Malaysia Airlines iaitu MH370 dan MH17 pada tahun 2014 sehingga kini masih menjadi persoalan orang ramai kerana kapal terbang itu belum ditemui dan status para penumpang juga menjadi tanda tanya.

image is not available

#4. Skandal 1MDB

Skandal 1Malaysia Development Berhad atau skandal 1MDB yang melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak merupakan satu berita yang tersebar di seluruh dunia sehinggakan kes ini dijadikan sebuah dokumentari di platform penstriman Netflix.

image is not available

image is not available

#5. Sebuah Negara Muslim

Selain itu, Malaysia turut dikenali sebagai sebuah negara Muslim kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Disebabkan itu, terdapat beberapa batasan terhadap aktiviti yang ingin dilakukan berikutan status Malaysia sebagai negara Muslim.

image is not available

image is not available

#6. Tun Dr Mahathir Muhamad

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Muhamad juga merupakan salah satu nama yang gah dan besar, bukan sahaja di Malaysia malah masyarakat seluruh dunia juga mengenali individiu berpengaruh ini.

image is not available

image is not available

#7. Kepelbagaian Budaya Serta Flora Dan Fauna

Malaysia juga popular dengan pelbagai pulau dan pantai yang indah seperti Pulau Rawa, Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan sebagainya. Selain itu, hidangan yang unik dari kaum berbeza turut menjadi perhatian para pelancong lebih-lebih lagi mereka yang suka ‘food hunting’.

image is not available

image is not available

image is not available


Malaysia Antara Negara Pilihan Masyarakat Dunia

Pada perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, platform pelancongan digital, Agoda mengumumkan Malaysia sebagai salah satu daripada tiga destinasi paling popular untuk meraikan sambutan berkenaan.

Berdasarkan data tempahan Agoda, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Jepun dan Thailand.

Macam-macam yang ada di negara kita ini, jadi tidak terkejutlah bila masyarakat luar negara memilih Malaysia sebagai pilihan mereka.