7 rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar, 6 kenderaan musnah

19 Jun 2024 • 9:14 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Tujuh rumah setinggan di Jalan Pudu di sini, dilaporkan terbakar malam tadi dengan enam daripadanya musnah 100%, manakala sebuah mengalami kesan kebakaran 40%.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba, Logeswaran Lavan berkata, kebakaran turut memusnahkan sepenuhnya tiga kereta dan tiga motosikal.

Menurutnya, kebakaran juga membabitkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan 100% di tingkat atas.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 8.04 malam (tadi), seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Keluaran pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, dan bantuan dari BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang Tuah, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Desa Petaling.

“Jentera digunakan adalah tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dan dua water tanker, dengan jumlah kekuatan seramai 25 orang anggota lain-lain pangkat,” katanya menerusi kenyataan.

Kebakaran itu dilaporkan dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.43 pagi dan tiada mangsa cedera atau berlaku kemalangan jiwa.

Punca kebakaran dan juga jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. – 19 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved