"7 tahun saya diamkan.." Lelaki Dedah 'Kisah' Disebalik SAR Acap

Local
3 Jun 2026 • 9:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"7 tahun saya diamkan.." Lelaki Dedah 'Kisah' Disebalik SAR Acap

"7 tahun saya diamkan.." Lelaki Dedah 'Kisah' Disebalik SAR Acap

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) orang hilang bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh pasukan penyelamat antaranya pengorbanan tenaga, kos dan masa bersama keluarga digadai demi mencari individu hilang.

Dalam misi menyelemat, setiap detik dan masa merupakan sangat berharga dalam memastikan mangsa dapat diselamatkan.

Dari sisi lain, keluarga mangsa pastinya menunggu dengan penuh harapan kepulangan ahli keluarga mereka, biarpun menelan masa yang lama.

Selain bergantung kepada usaha SAR, pastinya ada usaha seperti perawatan 'lain' dalam mengenalpasti punca kehilangan.

Salah satu kisah yang menggemparkan negara adalah misteri kehilangan Mohamad Ashraf Hassan, yang lebih dikenali sebagai Acap.

Sehingga kini, Acap masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang secara misteri pada 23 Mac 2019 ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak

7 Tahun Saya Diamkan, Cukup Masa Saya Luahkan

“Kenapa Keluarga Acap Tidak Minta Bantuan Sipolan. Kenapa Tidak Jumpa Mereka Ini Untuk Membantu. Ini Tertib Untuk Minta Bantuan”

Pasti ayat-ayat ini sering didengar berlegar di mana-mana ruangan media bukan.

Seperti yang telah saya katakan.. kami tak tahu siapa yang boleh bantu kami. Tak upaya kami nak tanya semua. Selain itu, setelah 7 tahun saya simpan diamkan perkara ini maka saya kira cukup masa untuk saya luahkan beberapa kisah.

Baca juga:

1. Saya pernah disyorkan untuk meminta bantuan dari seorang perawat. Setelah berbual beberapa ketika dia minta duit sebanyak 18k.

2. Ada satu perawat menceritakan kehebatan dia jumpa keluarga yang mana akhirnya memeras wang dari keluarga kami beribu ringgit.

3. Ada yang minta katanya untuk buatkan kenduri dipuncak bukit. Kos anggaran 6k.

4. Jika kau nak adik kau kau kena hire kami. Hanya kami yg mampu selesaikan masalah encik. Kos permulaan scan 3k. Kemudian 13k untuk proses keluarkan.

5. Encik dah panggil kami. Maka kami ada hak untuk charge servis kami (ikut kehendak harga mereka)

Ada banyak lagi kejahatan pemerasan dilakukan pada keluarga kami dan mereka ini amat-amat pandai berdalih. Kami hanya diamkan dan bersabar. Terus fokus pada pencarian.

Komandan atau OCPD polis kampar ketika waktu itu menghidu beberapa perbuatan niat jahat pemerasan ini dan berhubung terus dengan saya berkenaan perkara ini.

Setelah berbincang dengan ahli keluarga dan ambil kira keadaan situasi kritikal ketika itu kami ambil keputusan tidak mendedahkan individu dan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Tidak semua.. tapi ada


View Original Article