70 belia tamat kursus Sabah Talent Entrepreneurship Programme

20 Dec 2023 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seramai 70 belia berjaya menamatkan kursus di bawah Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) yang dikendalikan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) tahun ini.

Pengarah JPSM, Dg Norsiah Ag Duraman berkata, terdapat beberapa kursus kemahiran dan keusahawanan ditawarkan menerusi STEP antaranya perpaipan, elektrikal, automotif, jahitan dan banyak lagi.

Katanya, program STEP bertujuan melahirkan usahawan khususnya di kalangan belia dan beliawanis di Sabah yang ditaja sepenuhnya JPSM.

“Selain kursus kemahiran, peserta STEP juga dibantu dengan pelbagai bentuk bantuan bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan sejurus selepas menamatkan latihan.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Sebagai contoh, peserta STEP di bawah ‘Mobile Mechanic’ diberi bantuan sebuah motosikal untuk memulakan perniagaan ‘bengkel bergerak’ selepas tamat kursus.

“Begitu juga peserta kursus jahitan turut diberikan kemudahan mesin jahitan dan premis perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus STEP yang disempurnakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Alijah Ismail, di sini, Selasa.

Hadir sama Pengurus Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK), Alicia Lenson.

Terdahulu, seramai 10 peserta bidang keusahawanan pembuatan pakaian menerima sijil tamat kursus STEP di bawah AJKK, yang disampaikan Alijah pada majlis itu.

Sementara itu, Alicia berkata, pihaknya sentiasa komited memberi latihan di bawah STEP bagi membantu kerajaan melahirkan usahawan belia berkemahiran.

“Saya mengalukan-alukan kerjasama antara AJKK dan JPSM di bawah program STEP, yang dilihat mampu membentuk jati diri keusahawanan pada belia di Sabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.