70 peratus prospek dalam penjara terlibat kes dadah

LocalPolitics
13 Jun 2025 • 11:40 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan diperlukan bagi menangani isu berkaitan dadah yang semakin membimbangkan di negeri ini.

Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Tey Hock Soon berkata 70 peratus prospek yang ditahan di penjara terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah.

Beliau menyifatkan angka itu amat membimbangkan dan memerlukan pendekatan pemulihan yang lebih berkesan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, kadar pengulangan kemasukan balik ke penjara membabitkan kes dadah juga amat tinggi.

“Jika puratanya 10 individu yang masuk dan bebas, tujuh daripadanya kembali ke penjara atas kesalahan yang sama.

“Situasi ini menimbulkan kebimbangan termasuk mengenai keberkesanan pendekatan pemulihan sedia ada,” katanya pada Program Pencegahan Pengurangan Jenayah dan Pembentukan Daya Tahan Penghuni 2025 Zon Sabah, di Dewan Toh Puan Halidah, penjara Lahad Datu.

Turut hadir, Pengarah Penjara Lahad Datu Kalbin Mohd Said.

Program berkenaan disertai oleh 49 individu terdiri daripada prospek dan Orang Bebas Berlesen (OBB) Penjara Lahad Datu.

Katanya, penganjuran Program Pencegahan Pengurangan Jenayah dan Pembentukan Daya Tahan Penghuni ini menjadi salah satu inisiatif dalam menangani isu berkaitan penagihan dan pengedaran dadah

Program itu,katanya, dilihat sebagai satu pelaburan sosial jangka panjang dalam usaha membina masyarakat lebih selamat dan inklusif.

“Melalui program ini, prospek diberi penekanan kepada pembentukan daya tahan sebagai asas untuk memulakan kehidupan baharu yang lebih positif dan produktif selepas dibebaskan.

“Program ini juga memberi peluang kepada prospek untuk mengenal pasti potensi diri mereka dan faktor pencetus kepada jenayah lalu serta membina kemahiran untuk mengurus emosi dan tekanan hidup dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Tey berkata, program itu dipenuhi aktiviti yang turut menumpukan kepada meningkatkan kemahiran interpersonal dan memberi sokongan psikososial strategik bagi mengelakkan mereka mengulangi kesalahan.

Tambahnya, perubahan setiap prospek adalah selari dengan hasrat Jabatan Penjara sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama Datuk Mohamaddin Ketapi menzahirkan keyakinan bahawa prospek mampu kembali kepada masyarakat dengan perubahan.

Beliau turut menyeru agar komuniti menerima individu yang dibebaskan dengan hati terbuka dan memberi mereka peluang kedua untuk membina semula kehidupan.

“Mereka yang akan bebas ini memang boleh dipercayai jadi orang yang baik dan kita percaya mereka akan kembali pada masyarakat.

“Justeru itu, prospek perlu memanfaatkan sokongan yang diberikan terutamanya daripada keluarga, komuniti dan agensi terlibat yang sedia membantu mereka untuk bangkit semula,” tambahnya.