701 unit iPhone disorok dalam kotak sayur

LocalTechnology
29 Sep 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 701 unit iPhone disorok dalam kotak sayur

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 701 unit iPhone terpakai yang dibaik pulih (refurbished) bernilai RM716,184 selepas ditemukan disembunyikan di dalam kotak sayur di sebuah bot di Pelabuhan Klang, Selangor.

Rampasan dilakukan kira-kira pukul 4.30 pagi, 23 Julai lalu selepas sepasukan anggota Kastam Marin, Bahagian Penguatkuasaan JKDM menyerbu bot berkenaan hasil risikan.

Pengarah Kastam Melaka, Roslan Yusoff berkata, berdasarkan dokumen pengikraran, bot itu sepatutnya kembali ke Indonesia selepas selesai menghantar muatan sayur-sayuran tanpa membawa sebarang dagangan.

Katanya, bot tersebut hanya diikrarkan membawa pulang 250 kotak kosong, namun pemeriksaan menemukan 701 telefon bimbit pelbagai model iPhone 11 hingga iPhone 16 Pro Max.

“Telefon bimbit itu disimpan di dalam beberapa kotak sayur sebelum dibalut plastik hitam dan disembunyikan di ruang khas dalam bot,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Katanya, susulan rampasan tersebut, seramai 11 anak kapal warga asing berusia antara 34 hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

 

The post 701 unit iPhone disorok dalam kotak sayur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved