
Kota Kinabalu: Sebanyak 704 isi rumah di 15 daerah di Sabah telah dipilih untuk Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa 2020 (Nohsa 2020) di seluruh negara oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya (gambar) berkata kaji selidik selama empat bulan itu bertujuan untuk mendapatkan data mengenai status kesihatan pergigian rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas dan kesannya terhadap kualiti hidup.


