70mai Dash Cam Omni disenaraikan di Lazada, harga bermula RM629

Digital
24 Feb 2023 • 3:45 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda kenal jenama dashcam 70mai? Kalau tak, inilah masa untuk kenalinya sebab ia ada produk baharu yang menarik bernama 70mai Dash Cam Omni.

image is not available

Pada segi pengimejan, dashcam ini merakam dalam resolusi FHD menggunakan sensor OS02K10 disebalik lensa berapertur F1.5 dalam kadar bingkai sehingga 60fps.

image is not available

Salah satu ciri menarik dashcam ini adalah kameranya boleh berputar 360 darjah hasil penggunaan motor elektrik yang terkandung dalamnya. Makanya, ia berkeupayaan untuk merekam situasi di luar dan di dalam kereta, walaupun tidaklah secara serental.

image is not available

Lagi manfaat memiliki kamera boleh putar adalah ia tidak punyai titik buta, menurut pengeluarnya. Sekiranya terdapat kecemasan berlaku, ia boleh mengekori subjek menggunakan pengecasan AI dan notifikasi boleh terus dihantar kepada pemilik kenderaan sekiranya ada capaian Internet melalui modul 4G LTE yang dijual secara berasingan.

Untuk rakaman waktu malam, 70mai katakan yang ada ciri PureCel Plus-S HDR yang akan menyeimbangkan dedahan dan mengurangkan hingar dalam rakaman, semuanya secara automatik.

image is not available

Lain-lain fungsi menarik yang perlu anda tahu adalah seperti ia ada GPS terbina dan akan merakam laluan pemanduan anda dan sekiranya ada capaian Internet, ia boleh memaklumkan kepada APP telefon pintar tentang lokasi kenderaan tersebut. Mikrofon juga ada untuk ia menerima arahan suara seperti merakam video pendek ataupun mengambil gambar.

image is not available

Walaupun dimaklumkan hanya akan dijual pada 27 Februari 2023, kita sudahpun boleh tahu akan harganya di Lazada. Berikut adalah senarai harga 70Mai Dash Cam Omni:

  • dashcam (32GB) – RM629
  • dashcam (64GB) – RM729
  • dashcam (128GB) – RM839
  • dashcam (32GB) + 4G – RM809
  • dashcam (64GB) + 4G – RM909
  • dashcam (128GB) + 4G – RM1,019

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

View Original Article