72 Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Kebakaran Hutan & Tanah Di Indonesia

WorldEnvironment
25 Aug 2026 • 11:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

72 Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Kebakaran Hutan & Tanah Di Indonesia

Seramai 72 individu ditetapkan sebagai suspek dalam kes kebakaran hutan dan tanah di Indonesia dan bakal berdepan tindakan undang-undang.

Memetik laporan Kompas, Badan Siasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Kebangsaan Indonesia (Polri) menetapkan kesemua mereka sebagai suspek selepas disyaki sengaja membakar tanah bagi membuka kawasan perladangan dengan tujuan mengurangkan kos operasi.

Pengarah Tindak Pidana Tertentu Bareskrim Polri, Brigedier Jeneral Moh. Irhamni berkata, kes berkenaan dikendalikan menerusi proses siasatan di sembilan wilayah polis.

“Sembilan polis wilayah ini telah menjalankan proses siasatan dengan kira-kira 72 individu telah ditetapkan sebagai suspek,” katanya.

Image from: 72 Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Kebakaran Hutan & Tanah Di Indonesia
Kredit: Kompas

Kebakaran hutan & tanah di Indonesia

Menurut Irhamni, polis turut mengeluarkan sebanyak 89 laporan berkaitan kes kebakaran hutan dan tanah yang berlaku di sembilan wilayah berkenaan.

Wilayah tersebut ialah Riau, Kalimantan Barat, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, Kalimantan Timur, Aceh dan Kalimantan Utara.

Penguatkuasaan undang-undang dilakukan bersama polis di setiap wilayah bagi memastikan setiap kejadian kebakaran yang disyaki mempunyai unsur jenayah dapat diproses mengikut peruntukan undang-undang.

Menurut Irhamni, modus operandi yang dikenal pasti dalam kes berkenaan kebanyakannya melibatkan tindakan membuka tanah dengan cara membakarnya secara sengaja.

Kaedah tersebut dipercayai digunakan suspek bagi mengurangkan kos operasi aktiviti perladangan.

“Secara purata, modus operandi di sembilan wilayah tersebut kebanyakannya melibatkan suspek membuka tanah dengan cara sengaja membakar supaya kos operasi kegiatan perladangan menjadi lebih murah atau ekonomik,” katanya.

Image from: 72 Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Kebakaran Hutan & Tanah Di Indonesia
Kredit: HUMAS POLRI

Sementara itu, dalam proses siasatan, polis turut menemui dan merampas beberapa barang bukti yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembakaran tanah tersebut.

Antara barang bukti yang dirampas ialah 35 pemetik api, dua botol plastik bekas minyak pelincir serta beberapa bekas mengandungi bahan api.

Baca juga:

Polis turut merampas dua bekas plastik berkapasiti 10 liter berisi diesel, dua botol plastik berisi Pertalite, satu botol plastik berisi minyak tanah, 21 parang, dua kapak, satu cangkul, 39 batang kayu terbakar, lima beg plastik mengandungi sampel tanah terbakar, dua unit gergaji rantai, 13 plastik bekas polibeg, enam anak pokok kelapa sawit dan sepasang but.

Susulan tindakan tersebut, kesemua suspek berdepan tindakan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Undang-Undang Kehutanan, Undang-Undang Perladangan, Undang-Undang Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar serta Kanun Jenayah berkaitan pembakaran hutan dan tanah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved