73 warga Myanmar ditahan di Selangor dalam tempoh lima bulan

16 Jun 2026 • 9:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 73 warga Myanmar ditahan di Selangor dalam tempoh lima bulan
Shazeli

SHAH ALAM - Sebanyak 73 tangkapan melibatkan warganegara Myanmar direkodkan di Selangor bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini melibatkan pelbagai kesalahan jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, jumlah itu merupakan tindakan penguatkuasaan berterusan yang dijalankan polis di seluruh negeri.

Menurut beliau, bagi tempoh Januari hingga Disember 2025 pula, sebanyak 227 tangkapan direkodkan membabitkan golongan sama.

"Jumlah tangkapan yang direkodkan ini bukanlah membabitkan etnik Rohingya sahaja, sebaliknya turut merangkumi tindakan penguatkuasaan ke atas warganegara Myanmar yang lain juga.

"Kesemua tangkapan yang dilakukan adalah melibatkan pelbagai kategori kesalahan termasuk kesalahan jenayah indeks," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, Polis Kontinjen Selangor komited untuk memastikan perkongsian maklumat yang jelas serta sahih kepada masyarakat.

Katanya, pihak polis turut menghargai segala penyaluran maklumat dan kerjasama yang diberikan oleh masyarakat khususnya di Selangor dalam usaha membanteras jenayah serta mengekalkan keselamatan awam.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved