74 Permit Kempen, Ceramah diluluskan Sempena PRN Selangor

LocalPolitics
30 Jul 2023 • 4:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail menyantuni peniaga dan penduduk ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 Selangor di Pekan Parit Baru Sungai Air Tawar hari ini. gambar BERNAMA

SHAH ALAM -- Polis Selangor mengeluarkan sebanyak 74 permit di seluruh negeri bagi mengadakan kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata data berkenaan diperoleh hasil pemantauan yang dilaksanakan pihaknya, dengan 34 daripadanya melibatkan aktiviti kempen manakala selebihnya adalah ceramah.

“Tiada sebarang pengesanan kempen atau ceramah tanpa permit setakat ini. Polis menasihatkan kepada calon yang bertanding dan masyarakat, sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ditetapkan sepanjang PRN Ke-15 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein turut mengingatkan calon agar mengelakkan daripada menyentuh isu 3R  (agama, raja dan kaum) dan membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan insiden tidak diingini, sekali gus mengugat keselamatan dan ketenteraman awam. -- BERNAMA