75 game percuma boleh dimainkan di YouTube Playables sekarang

Gaming
29 May 2024 • 1:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

YouTube kini bukan lagi sekadar platform penstriman video. Sebaliknya mereka ingin jadi platform permainan video juga. Pengendali platform itu mengumumkan ketibaan Playable, halaman yang penuh dengan permainan yang boleh dimainkan terus di YouTube, secara percuma.

image is not available

CIri baharu ini disebarluaskan secara berkala dan menurut YouTube ia sudahpun boleh dinikmati segelintir pengguna. Setakat artikel ini ditulis, laman Playable masih belum boleh diakses melalui akaun saya. Walau bagaimanapun, senarai pautan permainan contoh yang dikongsikan, semuanya sudah boleh dimainkan seperti:

Mungkin pengendali kandungan ingin meningkatkan tempoh retention pengguna di platform mereka dengan pengenalan permainan video. Contohnya ialah LinkedIn telah memperkenalkan 3 jenis permainan walaupun anda sendiri tahu yang LinkedIn adalah platform untuk korporat dan professional.

image is not available

Sumber: YouTube