750 pegawai, anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir Piala FA

20 Jul 2023 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kamarul Zaman

SERAMAI 750 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan pada perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota dan pegawai polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium bagi memastikan aksi kedua-dua pasukan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

“Polis akan bekerjasama dengan pihak stadium. Seramai 750 pegawai dan anggota akan bertugas bagi pastikan kelancaran keluar masuk dan tidak berlaku perkara-perkara tidak diingini.

“Saya minta penyokong patuhilah peraturan dan arahan polis yang akan kita laksanakan pada hari tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis

Kamarul Zaman turut menasihati kedua-dua penyokong supaya tidak membawa barangan yang dilarang untuk memasuki stadium yang boleh mengganggu keselamatan.