775 pelajar TVET teroka potensi sorghum sebagai makanan alternatif

LocalFood
9 Oct 2026 • 1:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 775 pelajar TVET teroka potensi sorghum sebagai makanan alternatif
Pengarah Wilayah Agrobank Pahang, Wan Shamsul Kamal Wan Jusoh (dua dari kiri), menyampaikan cek cura tajaan projek tanaman lestari Sorghum kepada wakil penerima
Image from: 775 pelajar TVET teroka potensi sorghum sebagai makanan alternatif
Sekitar Majlis Pelancaran Projek Tanaman Lestari Sorghum bersama pelajar di Kolej Vokasional (Pertanian), Chenor, Pahang, di sini pada Khamis.

CHENOR - Seramai 775 pelajar daripada enam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian akan meneroka potensi tanaman sorghum sebagai sumber bijirin dan makanan alternatif menerusi Projek Tanaman Lestari Sorghum oleh Agrobank.

Projek dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) itu berlangsung secara berperingkat dari Oktober 2026 hingga September 2027, melibatkan kawasan tanaman keseluruhan seluas enam ekar.

Menerusi projek berkenaan, pelajar akan mempelajari kaedah penanaman dan pengurusan sorghum secara lestari, selain menghasilkan prototaip produk berasaskan tanaman tersebut.

**media[3672662]**

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembangunan sektor agromakanan bukan sahaja memerlukan akses kepada pembiayaan, malah generasi baharu yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan minda keusahawanan.

“Melalui projek ini, kami mahu membuka perspektif generasi muda bahawa pertanian hari ini bukan lagi sekadar aktiviti pengeluaran.

"Tetapi ianya mempunyai ruang yang luas untuk inovasi, teknologi dan keusahawanan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, pendedahan seperti ini penting untuk membina generasi pelapis yang mampu membawa idea baharu dan mencipta nilai dalam sektor agromakanan pada masa hadapan.

Selain itu, Agrobank menjelaskan, pemilihan sorghum memberi peluang kepada pelajar meneroka potensi tanaman alternatif yang tahan lasak, cekap menggunakan sumber dan mampu mandiri dalam keadaan gersang, namun kurang bertoleransi terhadap banjir jangka panjang.

"Tanaman itu turut berpotensi digunakan sebagai sumber makanan, makanan haiwan dan komoditi komersial.

"Projek yang dilancarkan di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang pada Khamis lalu selari dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0) dalam membangunkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteraskan teknologi," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved