
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berita baik buat anda yang nak merancang percutian saat akhir pada hujung minggu hadapan.
Puluhan hotel terpilih di seluruh negara akan menawarkan promosi penginapan eksklusif bagi merancakkan aktiviti pelancongan sempena cuti Hari Pekerja (1 Mei) dan Festival Rain Rave Water Music 2026 yang dijadualkan berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 30 April hingga 2 Mei.
Bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), 79 buah hotel di seluruh negara akan menawarkan diskaun sehingga 70%.
Yang menariknya, di KL sahaja terdapat lebih 40 hotel yang terlibat menawarkan promosi diskaun ekslusif ini.
Hotel-hotel yang mengambil bahagian turut menawarkan pelbagai pakej, termasuk kadar bilik istimewa serta pakej gabungan, bagi menyokong peningkatan perbelanjaan pelancongan di samping merangsang pergerakan pelancong ke destinasi-destinasi utama negara.
Promosi ini boleh ditempah mulai 29 April hingga 3 Mei 2026, sekali gus memberikan pilihan menarik kepada pelawat yang merancang percutian singkat.
Hanya perlu guna kod VM2026TWD ketika buat booking
Nak tahu caranya? Mudah sahaja!
Anda hanya perlu menggunakan kod VM2026TWD ketika membuat tempahan melalui laman web rasmi hotel atau secara terus dengan hotel-hotel yang mengambil bahagian.
Berikut senarai hotel-hotel di Lembah Klang yang mengambil bahagian mengikut negeri:
Kuala Lumpur
- Hotel Maya Kuala Lumpur
- E&O Residence Kuala Lumpur
- IYF Chinatown Kuala Lumpur
- Ancasa Hotel Kuala Lumpur
- The Federal Kuala Lumpur
- The Capitol Kuala Lumpur
- Ansa Hotel Kuala Lumpur
- Metrostar Hotel Kuala Lumpur
- Sleeping Lion Suites Bukit Bintang
- The Kuala Lumpur Journal
- Four Points By Sheraton Kuala Lumpur, City Centre
- Melia Kuala Lumpur
- Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre
- Days Hotel & Suites By Wyndham Fraser Business Park KL
- The Face Suites & The Face Style
- Perdana Kuala Lumpur City Centre
- Cormar Suites Kuala Lumpur
- Deking Hotel KLCC
- Ascott Kuala Lumpur
- Ascott Star KLCC
- Wolo Kuala Lumpur
- Le Meridien Kuala Lumpur
- Wyndham Suites KLCC
- Gold3 Boutique Hotel
- Furama Bukit Bintag
- Concorde Hotel Kuala Lumpur
- Premiera Hotel Kuala Lumpur
- Grand Millenium Kuala Lumpur
- Mandarin Oriental Kuala Lumpur
- Impiana KLCC Hotel
- EQ Kuala Lumpur
- KIP Hotel Kuala Lumpur
- IBIS Kuala Lumpur City Centre
- Imperial Lexis Kuala Lumpur
- Parkroyal Collection Kuala Lumpur
- Inter Continental Kuala Lumpur
- Cititel Mid Valley
- Trillion Suites By SLG
- Hotel 1915 Kuala Lumpur
- Aloft Kuala Lumpur Sentral
- Dorsett Kuala Lumpur
- Oatwood Hotel & Residence Kuala Lumpur
- Somerset Kuala Lumpur
Putrajaya & Selangor
- The Everly Putrajaya
- Mercure Living Putrajaya
- M World Petaling Jaya
- Park Inn By Raddison Putrajaya
- Country Network Hotel (BBK) Sdn Bhd
Berikut pula senarai hotel di seluruh negara yang turut menawarkan diskaun esklusif sama:
Pantai Timur
- Perhentian Marriot Resort & Spa Terengganu
- Kembara Resort Terengganu
- Paya Bunga Hotel Terengganu
- Salam Suites Hotel Kelantan
- Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu Kelantan
- A’moss Farmstay Pahang
Utara Semenanjung
- Lone Pine, Penang A Tribute Portfolio Resort Pulau Pinang
- Sunway Hotel Seberang Jaya
- Sunway Hotel Georgetown
- St. Giels Wembley, Penang
- Lexis Suite Penang
- Cititel Express Penang
- Berjaya Langkawi Resort
- Rebak Island Resort & Marina Langkawi
- Holiday Villa Resort & Beachclub Langkawi
- Tanjung Rhu Resort Langkawi
- Fuller Hotel Alor Setar
- Starcity Hotel Alor Setar
- Tui Blu, The Haven Ipoh
- Legend Inn Taiping
- Ismah Beach Resort, Perak
Selatan Semenanjung
- The Reed Hotel Melaka
- Parkroyal A’Famosa Melaka Resort
- Dusit Princess Melaka
- Long Sands Port Dickson
- Grand Lexis Port Dickson
- Lexis Hibiscus Port Dickson
- Lexis Port Dickson
Sabah & Sarawak
- Cove S5, Santubong Sarawak
- Perkasa Hotel Tenom
- Ibis Style Kota Kinabalu
Festival Rain Rave Water Music 2026, yang berlangsung selama tiga hari, menampilkan gabungan muzik, budaya dan gaya hidup kontemporari di tengah-tengah bandar. Festival ini menawarkan platform yang unik kepada pelawat antarabangsa untuk merasai sendiri kepelbagaian serta keunikan Malaysia.
Inisiatif ini menyokong usaha berterusan Malaysia dalam memperkukuh sektor pelancongan negara serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman budaya yang unik menerusi VM2026.




