Oxygen OS 9.5.8 Hadir Untuk OnePlus 7 Pro – Membaiki Masalah Aksesori Audio USB-C Pihak Ketiga

19 Jun 2019 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 7 Pro adalah satu peranti mercu yang baik. Namun ia kurang mengambil hati ramai peminat OnePlus di Malaysia, kerana harga rasmi yang mencapai sehingga RM4,199. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang OnePlus untuk terus menambahbaik produk mereka.

image is not available

Terkini, OnePlus hadir dengan kemaskini Oxygen OS 9.5.8 untuk OnePlus 7 Pro. Kemaskini ini masih lagi kekal dengan tampalan sekuriti bulan Mei dan bukan Jun (sedikit mengecewakan) dan beberapa pepijat menjengkelkan telah dibaiki. Berikut adalah log perubahan kemaksini ini;

  • Sistem
    • Tahap sensitif skrin sesentuh peranti dioptimasikan
    • Sokongan aksesori audio USB-C pihak ketiga berfungsi lebih baik
    • Kemaskini tampalan sekuriti bulan Mei 2019
    • Pepijat-pepijat dibaiki
  • Telefoni
    • Kualiti audio pada panggilan suara kini lebih baik
  • Kamera
    • Kamera pop-naik tidak lagi ternaik ketika panggilan video, jika skrin peranti tertutup

Kemaskini ini turut hadir secara berperingkat, kerana saya telah semak peranti saya dan masih tidak boleh kemaskini lagi versi Oxygen OS ini. Bagi mereka yang inginkan kemaksini ini dengan pantas, boleh sahaja kemaksini melalui Oxygen Updater atau juga menggunakan VPN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved