Premis perniagaan tidak ikut SOP akan ditutup

31 May 2020 • 6:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis perniagaan yang ingkar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan perniagaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya akan mengarahkan penutupan terus premis-premis perniagaan di negeri ini yang tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mengejut di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Burma yang ditutup 28 Mei lepas dan kembali dibuka semula setelah mengikuti SOP ditetapkan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menutup tiga premis, membabitkan dua kedai makan iaitu kedai nasi kandar di Jalan Burma dan kedai makan di Lebuh Sungai Pinang 1 serta sebuah pasar mini di Jalan Gurdwara kerana melanggar SOP.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan premis di bahagian pulau, sebanyak 99.6 peratus daripada 155,379 premis didapati mengikut SOP manakala di tanah besar sebanyak 99.2 peratus daripada 219,391 premis mematuhinya. - Bernama




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved