Vivo iQOO Pro dan iQoo Pro 5G Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 855+

TechnologyDigital
23 Aug 2019 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua buah peranti iQoo telah dilancarkan di China. iQoo Pro dan iQoo Pro 5G adalah dua peranti kemas kini kepada iQoo tetapi kali ini pemproses Snapdragon 855+ yang lebih berkuasa. Kedua-dua peranti dilengkapi skrin 6.41″ FHD+ SAMOLED, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB.

image is not available
Spesifikasi kamera pula ialah kamera utama 48+12+2 Megapixel dan kamera swafoto 12-Megapixel f/2.0. Sistem trikamera utama menggabungkan lensa sudut lebar, lensa sudut ultra lebar dan pengesan kedalaman. Sebuah bateri sebesar 4500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas 44W.

Penambahbaikan iQoo Pro dan iQoo Pro 5G berbanding peranti asal adalah terletak pada pemproses, kamera dan kapasiti yang dipertingkatkan. Sistem operasi yang digunakan masih lagi Android 9 Pie dengan pelancar Funtouch OS 9.

 

Peranti ini ditawarkan di China p;ada harga bermula RMB 3198 (~RM 1890) untuk iQoo Pro manakala iQoo Pro 5G pula bermula dari RMB 3798 (~RM2245).