Jam tangan digital kini boleh dibeli pad harga serendah RM10 di kedai jam untuk kegunaan kanak-kanak. Kami yakin ramai yang tidak tahu jam tangan digital sepenuhnya pertama dunia ialah Hamilton Pulsar yang diperlihatkan kepada orang ramai pada 7 Mei 2020.

Syarikat jam tangan Hamilton masih wujud dan sempena menyambut ulang tahun Pulsar ke-50, Pulsar PSR telah diumumkan. Ia masih lagi jam tangan digital yang sama tetapi dengan kemas kini pada teknologi skrin. Dua skrin digunakan dengan skrin LCD untuk paparan masa sepanjang masa dan skrin OLED untuk paparan masa dalam warna merah yang akan menyala apabila butang sisi ditekan.
Pada Pulsar asal, skrin tidak memaparkan waktu sepanjang masa dan hanya menyala apabila butang ditekan. Maka bolehlah dikatakan Pulsar PSR ialah mode kemas kini dengan skrin Always On Display.
Sebanyak 1970 utas Hamilton Pulsar PSR akan ditawarkan pada harga or $745 (~RM3309) untuk versi tahan karat dan $995 (~RM4220) untuk versi berwarna emas.
