Samsung Mampu Menghasilkan Peranti Skrin Multi-Lipatan Tetapi Masih Belum Bersedia Untuk Dipasarkan

TechnologyDigital
14 Feb 2020 • 10:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung melancarkan peranti skrin boleh-lipat Galaxy Z Flip dengan rekaan cangkerang siput. Ini ialah rekaan kedua yang mereka gunakan selepas lipatan buku pada Galaxy Fold. Menerusi temubual bersama Korea Herald, Roh Tae-moon yang merupakan presiden perniagaan peranti mudah alih Samsung mengesahkan kemampuan mereka menghasilkan peranti dengan skrin yang boleh melipat lebih dari dua kali.

image is not available
Sungguhpun begitu beliau berkata ia masih belum bersedia untuk dipasarkan memandangkan ia tidak memberikan nilai kepada pengguna pada waktu ini. Beliau turut berkata ekosistem yang lengkap perlu wujud terlebih dahulu sebelum peranti dengan skrin multi-lipatan dipasarkan. Sebelum Fold dan Z Flip dihasilkan, Samsung bekerjasama dengan Google bagi memastikan skrin multi-lipat akan dapat menggunakan Android tanpa masalah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved