Oppo A92s Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Dwi-Kamera Hadapan, Sokongan 5G

TechnologyDigital
18 Apr 2020 • 11:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo kini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran di China, iaitu Oppo A92s. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding model Oppo yang lain, disamping pada masa yang sama menawarkan spesifikasi agak menarik.

image is not available

Oppo A92s disenaraikan dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, menggunakan dwi kamera hadapan, sokongan dua mod untuk 5G, bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 18W, dan juga empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.

Spesifikasi lain yang disertakan pada telefon pintar ini yang telah tertiris sebelum ini adalah termasuk menggunakan cip MediaTek Dimensity 800 dengan binaan 7nm, dan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti. Ia turut mengekalkan penggunaan bicu audio bersama dengannya.

Di China, Oppo menyenaraikan Oppo A92s ini pada harga bermula RMB2199, iaitu sekitar RM1359.