Apple Memperkenalkan iPad Generasi Baru Dengan Skrin 10.2-inci

TechnologyDigital
11 Sep 2019 • 1:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain pengumuman berkaitan dengan perkhidmatan mereka, Apple hari ini turut memperkenalkan iPad terbaru mereka yang akan menggantikan iPad generasi ke-6 sebelum ini. iPad baru generasi ke-7 ini hadir dengan skrin 10.2-inci serta dijana dengan sistem operasi iPad OS terbaru.

image is not available

Bersama-sama dengan skrin sedikit besar, ia juga turut menawarkan prestasi yang dikemaskini. iPad OS pada tablet ini turut memberikan lebih banyak kemudahan untuk membuat multi-tugasan.

iPad baru ini turut menyokong input dan penggunaan Apple Pencil padanya. Ini sekaligus menjadikan iPad generasi baru sebagai tablet produktiviti yang sangat berguna. Sambungan Smart Connecter untuk menyambungkan aksesori turut disertakan pada tablet ini.

image is not available

Seperti dinyatakan oleh Apple sebelum ini, iPad generasi baru ini turut akan menyertakan langganan Apple TV+ selama setahun secara percuma.

Pengguna boleh membuat tempahan iPad generasi baru ini bermula hari ini, dan ia akan dipasarkan bermula penghujung bulan ini.