Bapa durjana hadapi 105 pertuduhan rogol, liwat anak

8 Dec 2019 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa empat anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 105 pertuduhan rogol dan liwat anak kandungnya sendiri yang berusia 15 tahun.

Lelaki yang berusia 46 tahun itu berdepan dengan 104 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan terhadap anak sulungnya di rumah mereka di Kuala Berang, Hulu Terengganu selama hampir empat bulan bermula 14 Ogos sehingga 26 November lalu.

Terdahulu, tertuduh yang juga seorang buruh tiba di mahkamah kira-kira jam 11.15 pagi tadi sambil diiringi sepasukan pegawai dan anggota polis.

AKAN MENYUSUL


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved