Coronavirus: Singapura sahkan kes import keempat

26 Jan 2020 • 8:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SINGAPURA - Singapura mengesahkan kes import keempat jangkitan coronavirus Wuhan di republik itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam kenyataan berkata, kes keempat yang disahkan itu melibatkan seorang lelaki warga China berumur 36 tahun dari Wuhan yang tiba bersama keluarganya di Singapura pada 22 Januari.

Menurut MOH, beliau ketika ini dirawat di wad isolasi Sengkang General Hospital (SKH) dan keadaannya stabil.

Katanya, beliau dilaporkan asimptomatik semasa penerbangan ke Singapura.

"Beliau mengalami batuk pada 23 Januari dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan SKH pada hari berikutnya.

“Beliau disyaki dijangkiti virus itu dan segera diasingkan,” kata kenyataan itu.

MOH berkata, keputusan ujian berikutnya mengesahkan jangkitan coronavirus pada 9.30 malam, 25 Januari.

"Sebelum dimasukkan ke hospital lelaki itu tinggal di Village Hotel Sentosa," katanya.

Katanya, ia telah memulakan penyiasatan epidemiologi dan pengesanan sentuh bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai kontak rapat dengan lelaki itu.

"Kes pertama jangkitan virus itu diumum pada 23 Januari dan dua lagi pada hari berikutnya," katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved