Harga minyak sawit dijangka bertambah baik

23 May 2019 • 8:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim yakin harga minyak sawit akan bertambah baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Stok minyak sawit di Malaysia, pengeluar kedua terbesar dunia, turun 6.62 peratus kepada 2.73 juta tan metrik pada April 2019 daripada 2.92 juta tan metrik pada Mac 2019.

“Ketika ini, terdapat lebihan minyak boleh dimakan. Itulah sebabnya mengapa harga minyak sawit kita juga agak rendah, tetapi saya percaya pada bulan-bulan akan datang ia akan pulih, saya percaya harga minyak sawit akan meningkat semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Duta Pelajar Minyak Sawit’, di sini, hari ini.

Minyak boleh dimakan lain seperti minyak kacang soya dan minyak biji sesawi juga mengalami penurunan harga, katanya apabila ditanya mengenai prospek harga minyak sawit berikutan stok rendah yang dilaporkan pada April.

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada sesi penutup, kontrak bulan semerta Jun 2019 turun RM34 kepada RM1,974 setan metrik, Julai 2019 susut RM39 kepada RM2,002 setan metrik, Ogos 2019 berkurangan RM41 kepada RM2,016 setan metrik dan September 2019 susut RM43 kepada RM2,031 setan metrik. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved