8 Daerah Rekod Cuaca Panas Tahap Satu, Pahang Paling Banyak

16 May 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, tiga daerah di Pahang itu membabitkan Pekan, Bera dan Rompin. - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan status cuaca panas tahap sahu atau berjaga-jaga terus meningkat dengan tiga daripadanya di Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, tiga daerah di Pahang itu membabitkan Pekan, Bera dan Rompin.

Selain itu, amaran cuaca panas tahap satu turut direkodkan di dua daerah di Johor iaitu Segamat dan Muar, selain Padang Terap di Kedah, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan.

Tiada kawasan di Sabah dan Sarawak disenarai dalam kategori tersebut.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius yang direkodkan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Getaran, 16 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved