8 ditahan terlibat judi sabung ayam

29 Jul 2024 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Lapan lelaki termasuk warga emas berusia 71 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat kegiatan judi sabung ayam dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Tawau - Kunak, pada Sabtu.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek terdiri daripada lima lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing, berumur di antara 25 hingga 71 tahun.

Menurutnya, lapan ekor ayam jantan turut dirampas, dipercayai digunakan dalam kegiatan judi laga ayam gelanggang.

“Polis turut merampas peralatan laga ayam dan wang tunai berjumlah RM1, 000,” katanya.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Terdahulu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau, menyerbu lokasi itu pada jam 12.50 tengah hari selepas menerima maklumat awam.

Jasmin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c)Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran keras akan mengambil tindakan tegas ke atas individu-individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.