8 juta pengguna perkhidmatan air nikmati pengecualian caj SST

1 Mar 2024 • 8:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87 peratus domestik dan 13 peratus bukan domestik di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.

"Kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.

"Kementerian juga ingin mengingatkan orang awam untuk menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri,” menurut kenyataan itu.

Bermula hari ini, kadar baharu SST naik kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lepas.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

8 juta pengguna perkhidmatan air nikmati pengecualian caj SST #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Air #SST #Cukai #Petra #Jualan #Perkhidmatan

Happy (Originally Performed by Pharrell Williams) [Karaoke Version] - Hit The Button Karaoke

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved