8 Kertas Siasatan Dibuka, Saifuddin Sahkan ‘Inspektor Shiela’ Ditahan Kerja

22 Jun 2023 • 6:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak minggu lalu tular di media sosial satu video memaparkan seorang anggota polis yang dikenali sebagai ‘Inspektor Shiela’ telah bertindak menghina anggota lain yang berpangkat Lans Korperal.

Susulan tular video terbabit, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian telah bertindak menahan pegawai polis yang berumur 35 tahun itu untuk membantu siasatan.

Namun belum reda dengan kes tersebut, nama pegawai itu sekali lagi hangat diperkatakan selepas tular dua video membabitkan pegawai polis tersebut.

Satu video menyaksikan dia bertengkar dengan orang awam di parkir sebuah pusat membeli-belah manakala satu lagi video memaparkan dia sedang mencemuh seorang lagi anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Rakaman memaparkan sikap angkuh pegawai berkenaan dipercayai berlaku di Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur.

‘Inspektor Shiela’ ditahan kerja, 2 kertas siasatan di bawah Kanun Keseksaan, 4 lagi Siasatan Tatatertib

Terbaharu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan ‘Inspektor Sheila’ telah ditahan kerja bermula daripada minggu lalu untuk melengkapkan siasatan berhubung kes melibatkan pegawai berkenaan.

Jelasnya, ketika ini sebanyak dua kertas siasatan terhadap wanita itu telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Rakaman percakapan juga sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Pada masa sama, enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” ujarnya, dipetik Buletin TV3.

Tegas Saifuddin, PDRM juga mempunyai mekanisme tersendiri serta kaedah jelas dalam mendepani perilaku ketidaktenteraman persepsi.

“Jadi kita biarkan pasukan polis mengguna pakai undang-undang,” katanya.

Source: