8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru

7 Feb 2023 • 1:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LIMA: Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (COEN) pada Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lima masih hilang selepas banjir lumpur melanda perkampungan di Camana Peru, di wilayah selatan Arequipa.

Hujan lebat pada hujung minggu menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan beberapa komuniti, termasuk Pampaylima, Venado de Oro, Infiernillo, San Martin, Miski dan Secocha, kesemuanya terletak di daerah Mariano Nicolas Valcarcel, lapor Xinhua.

Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan lumpur dan batu menimbus laluan termasuk rumah pasang siap.

Pihak berkuasa tempatan meminta bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada komuniti yang terputus hubungan selepas banjir menjejaskan lebuh raya Secocha-San Martin. -Bernama