
8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri yang diramal hujan adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur.
"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
"Manakala di Pulau Pinang pula seperti Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
"Sementara itu, di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim.
"Selain beberapa kawasan di Pahang seperti Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin juga diramal hujan. Dalam pada itu, tiga daerah Selangor diramal hujan termasuk Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
"Seremban dan Rembau pula antara dua daerah dijangka hujan di Negeri Sembilan petang ini. Bagi Johor seperti Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

