
8 Negeri & 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, jabatan itu berkata hujan lebat dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Ramalan tersebut juga turut melibatkan negeri Perak iaitu di Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan, amaran itu membabitkan daerah Jeli dan Kuala Krai sahaja.
Manakala di Pahang pula di daerah Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Bagi negeri Selangor, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
“Di Negeri Sembilan, hanya daerah Port Dickson yang terlibat. Selain itu di Johor pula hanya membabitkan daerah Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata MetMalaysia.
BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia
Beralih ke Sarawak, keadaan cuaca buruk diramal berlaku di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah, ia melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia lagi.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post 8 Negeri & 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



