8 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
18 Jul 2026 • 5:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

8 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

8 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda lapan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat tersebut berlaku di Hulu Perak.

Selain itu di Kelantan pula, amaran melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Manakala, di Terengganu, hanya daerah Dungun dan Kemaman yang terlibat.

Di Pahang, hujan lebat dijangka di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Bagi negeri Selangor, ia membabitkan daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Baca juga:

Begitu juga di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran turut melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Beralih ke Sarawak, Kuching, Samarahan (Samarahan), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang (Limbang) dijangka terlibat.

Di Sabah pula, hujan diramal di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.

Keadaan cuaca itu juga dijangka berlaku di WP Labuan.

Image from: 8 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved