8 penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar terlibat kemalangan

26 Jan 2025 • 4:11 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Port Said, pada Sabtu.

Education Malaysia Egypt (EME) berkata, dalam kemalangan pada jam 12 tengah hari itu, lima pelajar iaitu Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon, mengalami luka-luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Manakala tiga yang lain, kata EME, iaitu Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian.

“Pada awal pagi ini, tiga pelajar tersebut telah dibawa ke hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut,’’ katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut EME, insiden tersebut turut mendapat perhatian Universiti Al-Azhar yang telah mereka menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) kampus Port Said, Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani, dan Syaima' Al Huseini untuk membantu rawatan.

Mereka juga, katanya memudahcarakan pengurusan bersama pihak hospital.

Dalam pada itu, EME menasihatkan pelajar agar sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menjalankan sebarang aktiviti bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. - 26 Januari, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved