8 Terbunuh, Lebih 800 Banduan Larikan Diri Selepas Pengganas Serang Penjara Di Congo

11 Aug 2022 • 3:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

DOUALA (Cameroon), 11 Ogos (Bernama) — Lapan orang, termasuk dua anggota polis dan seorang awam, terbunuh dalam serangan oleh Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) di penjara pusat Kakwangura di Butembo di Congo.

Lapan puluh anggota ADF menyerang penjara pada Selasa malam untuk membebaskan 13 anggotanya, termasuk 12 banduan wanita, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap tentera, Kapten Anthony Mualushayi dalam satu sidang media.

ADF adalah kumpulan pengganas yang bergabung dengan kumpulan yang berkait dengan Daesh di Wilayah Afrika Tengah (ISCAP). Selama bertahun-tahun kumpulan itu sering melakukan kekejaman di Congo.

Media Congo melaporkan selain yang terbunuh, 822 daripada 874 banduan yang berdaftar di kemudahan itu turut melarikan diri.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved