80 peniaga jayakan Bazar Ramadan Rahmah di Kelantan

21 Mar 2023 • 2:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azman Ismail

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesahkan seramai 80 peniaga akan menjayakan Bazar Ramadan Rahmah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV dekat sini sepanjang sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, ia merupakan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Antara yang akan menawarkan Menu Rahmah di bawah RM5 ialah peniaga ayam percik, lemak bakar, dan banyak lagi.

"Selain itu, para pengunjung juga akan menerima e-dompet bernilai RM20 seorang," katanya semasa sidang akhbar di stor penyimpanan barang kes KPDN Kelantan, Pengkalan Chepa pada Selasa.

Menurut beliau, bayaran itu akan diberikan melalui operator atau penyedia platform e-dompet yang bekerjasama dengan kementerian.

Ujarnya, satu kaunter khas akan disediakan dan ia akan diberikan kepada 6,000 pengunjung di negeri ini sepanjang Ramadan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved