
Kota Kinabalu: Kenaikan kos menjejaskan kesejahteraan pesara kerajaan di negeri ini, menurut Persatuan Pesara Kerajaan Sabah.
Presidennya Datuk Wilfred Lingham berkata 80 peratus ahli persatuan itu memperoleh pencen di bawah paras kemiskinan.
“Ini memberi impak besar kepada kesihatan mereka akibat tekanan,” tambahnya.
Wilfred juga menekankan keperluan untuk melindungi warga emas daripada penipuan serta memastikan butiran kewangan dan maklumat peribadi mereka tidak terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Sambil menggesa pihak berkuasa menyiasat isu kebocoran maklumat berhubung simpanan pesara di institusi kewangan, beliau berkata persatuan itu akan mengadakan program kesedaran bagi mengelak ahli menjadi mangsa penipuan.
Wilfred berkata, negara dijangka mempunyai kira-kira 20 peratus penduduk yang terdiri daripada warga emas menjelang 2030.
Justeru, persatuan itu menyasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak program pembangunan memfokuskan hak asasi manusia untuk ahlinya pada tahun hadapan.
Persatuan berusia dua dekad itu berharap dapat mengubah pendekatan daripada memberi kebajikan kepada melaksanakan program pembangunan untuk 5,915 ahlinya di 21 cawangan di negeri ini.
“Untuk masa depan, terdapat keperluan untuk mengubah dasar dan program semasa daripada pendekatan kebajikan kepada pendekatan pembangunan, yang menggalakkan penglibatan warga emas dalam program yang akan meningkatkan taraf hidup mereka melalui akses kepada sokongan sosial lebih besar.
“Lebih penting, pendekatan hak asasi manusia perlu diguna pakai dalam menangani isu dihadapi warga emas bagi memastikan keperluan dan maruah mereka terpelihara,” katanya pada sidang media di pejabat persatuan itu di Maksak Likas, di sini.
Wilfred berkata persatuan itu merancang untuk memperjuangkan pelbagai hak, termasuk keselamatan sosial dan sokongan pendapatan, pekerjaan yang layak, pilihan untuk bekerja atau bersara dan menikmati pencen mereka, hak untuk perumahan dan penjagaan kesihatan, perlindungan sama rata di bawah undang-undang, penyertaan sosial dan politik dan kebebasan daripada diskriminasi.
Beliau juga berkata persatuan itu akan menganjurkan acara Suara Emas Pesara di sebuah restoran dekat sini pada 28 Sept yang akan dihadiri kira-kira 350 ahlinya.
“Ini adalah sebahagian daripada aktiviti persatuan kami untuk membawa hiburan kepada pesara,” katanya lagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

