
Kota Kinabalu: Kira-kira 80 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi pelbagai agensi selama lima jam di sekitar Ibu Negeri, mulai 10 pagi Isnin.
Ketua Polis Bandaraya ACP Kasim Muda berkata polis bersama pasukan dari Pasukan Gerakan Am (PGA), Rela, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan
Awam, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Ketua Menteri, menjalankan operasi itu.
“Pegawai dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air, Jabatan Tanah dan Ukur serta Jabatan Kebajikan hadir sama,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Beliau berkata tiga warga Filipina turut ditahan dalam operasi itu dan mereka akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
“Penduduk setinggan ini telah diberikan notis pengusiran selama berbulan-bulan, malah ada yang sehingga dua tahun,” kata Kasim.
Jelasnya, koloni setinggan itu dibina atas tanah kerajaan negeri dan operasi perobohan dijalankan atas faktor keselamatan.
“Kami akan meneruskan serbuan dan operasi sebegini bagi mengekang kehadiran PTI, jenayah, dadah dan gejala sosial di dalam dan sekitar Kota Kinabalu,” katanya.
Beberapa rumah telah pun dikosongkan tetapi ada yang masih diduduki semasa operasi dijalankan.
Mereka yang masih berada di dalam rumah mengikut arahan daripada anggota polis dan tiada sebarang insiden dilaporkan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
