Bukan sekadar hadir untuk mendengar, kira-kira 800 peserta yang menyertai program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya anjuran Nunha pada 19 September lalu dibawa menyelami makna kehidupan berumah tangga sehingga ada yang tidak mampu menahan sebak.
Program yang diasaskan pasangan suami isteri terkenal, PU Riz dan Neelofa, itu menjadi ruang untuk peserta berhenti seketika daripada kesibukan dunia, bermuhasabah serta melihat semula makna sebuah perkahwinan dari sudut agama dan kehidupan.
AdvertisementView this post on Instagram
Suasana penuh emosi tercetus menerusi perkongsian ilmu, peringatan dan refleksi mengenai pengorbanan, kesetiaan, kesabaran, amanah serta usaha mempertahankan institusi keluarga.
Tangisan peserta turut menggambarkan perjalanan setiap individu yang hadir dengan kisah masing-masing, namun disatukan oleh satu persoalan besar iaitu sama ada rumah tangga yang dibina hanya untuk kehidupan di dunia atau menjadi jalan menuju kehidupan yang kekal.
“Alhamdulillah untuk setiap detik, setiap peringatan dan setiap perkongsian ilmu. Ini adalah satu pertemuan yang indah apabila banyak hati disatukan untuk belajar, merenung dan diingatkan kembali. Saya sangat bersyukur atas setiap nikmat Allah, kecil mahupun besar, yang kita sedar mahupun tidak,” katanya.
Menurut Neelofa, antara nikmat yang disyukurinya ialah peluang untuk terus menghidupkan pentas dakwah.
View this post on Instagram
Sementara itu, PU Riz menyifatkan program berkenaan sebagai usaha Nunha menyediakan ruang pembelajaran dan peringatan yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.
“Bagi kami, rumah tangga bukan sekadar mencari bahagia bersama pasangan, tetapi sebuah amanah yang perlu dipelihara dengan ilmu, iman dan kesediaan untuk saling memperbaiki diri demi mencari reda Allah SWT,” katanya.
Program yang berlangsung dari pagi hingga malam itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kejap Putus, Kejap Bercinta" - Diana Danielle Kongsi Foto Bersama Kekasih, Netizen Doakan Kebahagiaan
The post 800 Peserta Sebak, Menangis Hayati Makna Rumah Tangga Dalam Program Anjuran PU Riz & Neelofa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






