822 kakitangan terima biasiswa tabung pendidikan anak syarikat Selangor

LocalBusiness & Finance
24 Jul 2026 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

822 kakitangan terima biasiswa tabung pendidikan anak syarikat Selangor

SHAH ALAM, 24 JULAI: Seramai 822 kakitangan syarikat milik Kerajaan Negeri dan badan berkanun menerima biasiswa Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan Berkanun (TPASBB) sejak diperkenalkan pada 2013.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu, 608 penerima berjaya menamatkan pengajian, manakala 214 lagi sedang melanjutkan pengajian dengan tajaan tabung berkenaan.

"Sejak dimulakan pada tahun 2013, TPASBB telah membelanjakan RM 21 juta untuk menaja kakitangan anak syarikat dan Badan Berkanun Negeri Selangor melanjutkan pelajaran hingga ke tahap Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

"Saya percaya pelaburan terhadap pendidikan dan pembangunan modal insan merupakan antara asas terpenting dalam memastikan Selangor terus kekal sebagai negeri peneraju yang berdaya saing, progresif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Image from: 822 kakitangan terima biasiswa tabung pendidikan anak syarikat Selangor
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan Berkanun (TPASBB) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam hari ini. Foto Facebook Amirudin Shari

Terdahulu, Amirudin mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran TPASBB bagi meneliti hala tuju pembangunan modal insan dalam kalangan warga kerja syarikat milik kerajaan negeri dan badan berkanun.

Menurutnya, mesyuarat itu turut membincangkan usaha memperluaskan program berkemahiran tinggi serta meningkatkan kemahiran warga kerja agar sentiasa relevan dengan keperluan industri yang semakin berkembang.

Selain itu, katanya, jawatankuasa berkenaan meneliti cadangan membuka lebih banyak peluang latihan industri menerusi pengambilan pelatih bagi melahirkan bakat baharu yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved