83,361 usahawan baharu: Ewon

Business & Finance
24 Dec 2023 • 9:49 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini, kata Menterinya Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata Kuskop serta 10 agensi di bawah kementerian itu telah berjaya melaksanakan sebanyak 187 program di seluruh negara setakat November lepas yang memberikan manfaat besar kepada pembangunan usahawan di negara ini.

“Program itu memberi manfaat kepada 755,909 usahawan terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta usahawan koperasi,” katanya menerusi satu kenyataan Jumaat lepas.

Ewon berkata dalam tahun ini juga Kuskop telah memperkenalkan dan melaksanakan lebih 22 program, skim dan bantuan baharu melalui lapan agensinya.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Katanya agensi-agensi pelaksana itu termasuk Tekun Nasional, SME Bank, UDA Holding Berhad, Institut Keusahawanan Negera (INSKEN), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Katanya Kuskop juga melaksanakan sebanyak 15 inisiatif baharu termasuklah Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Skim Pembiayaan Usahawan Kraf, Skim Pembiayaan Sosial, Skim Insentif Kelestarian dan Skim Juara Lestari.

Inisiatif lain ialah Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS), Kursus Urus Tunai (KUT) Lanjutan, BRPlus, BRTani, BRJohorniaga, Rakyat2E, Program Pengukuhan Mikro Madani (Mikro Madani) dan Program Bumiputera Enterprise Enhancement (Beep) Plus Sabah dan Sarawak.

“Kuskop melalui SKM turut memperkenalkan semula Program Young Entrepreneurs Strive For Success (YESS) yang tertunda pelaksanaannya sejak 2019 ekoran pandemik Covid-19,” katanya.

Ewon berkata selain itu IKMa melaksanakan dua program baharu tahun ini iaitu Program Bimbingan Bersasar Koperasi Besar dan Kursus Wajib PLUS (Program Lanjutan Tadbir Urus Lembaga Koperasi).

Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan latihan, sekali gus melahirkan usahawan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata INSKEN telah membuka cawangan pertamanya di Sabah pada Mei tahun ini dan cawangan kedua di Sarawak pada Oktober juga tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.