83 warga TUDM terima bantuan zakat MAINPP

23 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 83 warga TUDM terima bantuan zakat MAINPP

BUTTERWORTH – Seramai 83 warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Jelajah Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Pangkalan Udara Butterworth, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, penerima terdiri daripada 11 balu anggota TUDM dan 72 pesakit kronik.

Katanya, bantuan turut disalurkan kepada 30 anak anggota TUDM, termasuk 24 anak berkeperluan khas, lima pelajar cemerlang dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang merupakan hafiz serta pernah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

“Selain itu, sumbangan RM2,000 diberikan kepada surau TUDM bagi menyokong aktiviti pengimarahan.

“Program itu turut menyaksikan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menyumbang RM3,000 dalam bentuk Simpan SSPN Prime kepada 30 anak anggota TUDM.

“Zakat MAINPP turut menambah RM100 bagi setiap penerima, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan simpanan pendidikan itu sebanyak RM6,000 atau RM200 seorang,” katanya ketika berucap sempena Program Jelajah Zakat MAINPP Bersama Warga TUDM di Butterworth di sini hari ini.

Mohamad berkata, usaha berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan manfaat zakat turut dinikmati warga pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

The post 83 warga TUDM terima bantuan zakat MAINPP appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved