85 Peratus Pengguna Nikmati Penurunan Bil Elektrik Mulai Julai 2025 – PMX

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebanyak 85 peratus pengguna domestik di seluruh negara akan menikmati penurunan bil elektrik, dengan kadar penurunan sehingga 14 peratus mulai Julai.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan bil elektrik untuk rakyat walaupun pelarasan tarik elektrik.

Maknanya ada penurunan sehingga 14 peratus tidak seperti mana yang segelintir fitnah di luar… cukai, tarif itu naik tetapi kos rendah, maknanya bil elektrik rendah.

image is not available

Menerusi pengumuman yang dibuat beliau pada pagi ini, Anwar Ibrahim juga berkata rakyat boleh periksa bil elektrik masing-masing pada akhir bulan ini.

Kalau nak mengeluh masa itu dan jangan umpamanya mengandaikan kenaikan. Tiada kenaikan.

Terdahulu, beliau mengumumkan beberapa perkara sebagai penghargaan untuk rakyat Malaysia termasuklah cuti kelepasan am tambahan pada 15 September akan datang.

image is not available 2025-07-23 11:05:35

(TERKINI) PMX Umum Pengumuman 'Luar Biasa' Buat Rakyat, Terima RM100 & Harga Minyak RON95 Jauh Lebih Rendah!