Ibu kandung tiga kanak-kanak dicari

2 Jun 2020 • 4:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon bantuan orang ramai mengesan ibu kandung kepada tiga kanak-kanak bagi urusan penempatan mereka.

JKM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, ibu kandung kepada Ommdarreenjit Singh, 10; Sukkhreenjit Singh, 8, dan Rakshna Kaur,6 yang merupakan seorang warga Indonesia menghilangkan diri sejak tahun 2017.

Menurut kenyataan itu, JKM menerima aduan daripada nenek kandung kanak-kanak berkenaan yang memaklumkan pengabaian oleh ibu kandung.

“Bapa kanak-kanak tersebut berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia pada tahun 2016 dan tidak pernah mendaftarkan perkahwinan tersebut.

“Hasil hubungan mereka dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara enam hingga 10 tahun. Sehingga kini, kelahiran kanak-kanak itu tidak pernah didaftarkan dan dijaga oleh nenek mereka. Bapa kandung mereka mengalami kemalangan yang memberi kesan terhadap tahap kognitif,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Pelindung JKM Kuala Lumpur, Raja Norul Fazzilla Raja Halim di talian 0326124000.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved