86 basikal elektrik bernilai lebih RM268,000 dirampas

26 Nov 2026 • 12:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 86 basikal elektrik bernilai lebih RM268,000 dirampas

PETALING JAYA: Sebanyak 86 unit basikal elektrik (e-bike) yang disyaki diimport tanpa kelulusan dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur (WPKL) dalam serbuan di sembilan premis di Lembah Klang pada 27 hingga 30 Oktober lalu.

Op Piawai E-Mobiliti 2026 itu dilaksanakan bersama SIRIM bagi membanteras aktiviti penjualan basikal elektrik yang tidak mematuhi syarat pengimportan ditetapkan  

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM268,279 termasuk duti dan cukai sebanyak RM56,701.

Katanya, sembilan kertas siasatan dibuka dan sembilan wakil syarikat dipanggil bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati basikal elektrik berkenaan disyaki dibawa masuk ke Malaysia tanpa mematuhi syarat pengimportan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya pada sidang akbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat kemungkinan basikal elektrik itu dibawa masuk secara berasingan atau dalam keadaan terlerai sebelum dipasang semula.

Bagaimanapun, katanya, kaedah pengimportan berkenaan masih dalam siasatan dan pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada penjualan basikal elektrik itu turut dilakukan menerusi platform dalam talian.

Sementara itu, Eksekutif Pengujian SIRIM, Noor Azlie Ahmad berkata, semua e-bike yang disita tidak menjalani ujian berdasarkan piawaian MS 2514 bagi memastikan ciri keselamatan kenderaan berkenaan dipatuhi serta menjamin keselamatan pengguna.

“Produk itu tertakluk kepada larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan memerlukan permit import yang dikeluarkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya. – UTUSAN

The post 86 basikal elektrik bernilai lebih RM268,000 dirampas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved