86 PTI Filipina, Indo ditahan 

13 Jun 2026 • 3:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

86 PTI Filipina, Indo ditahan 

Kota Kinabalu: Seramai 86 pendatang asing tanpa izin (PTI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di beberapa lokasi sekitar daerah ini, Rabu lepas.

Menurut kenyataan, operasi yang dilaksanakan hasil aduan awam itu melibatkan 24 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah.

Seramai 125 individu diperiksa sepanjang operasi berkenaan sebelum 86 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Filipina dan Indonesia yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas sah untuk berada di negara ini.

Kesemua individu terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM Sabah menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras kehadiran PTI di negeri ini.

Pada masa sama, jabatan itu memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang didapati melindungi atau menggaji PTI, selain menegaskan tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Orang ramai turut diseru untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin bagi membantu usaha penguatkuasaan dan menjaga keselamatan negara.